DiLea Open Tuition – BM_F2
5 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 05 Februari 2026, telah berlangsung DiLea Open Tuition – BM_F2. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:30 pm sehingga pukul 04:30 pm. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta belajar mengenai karangan pendek. Peserta belajar panduan ringkas bagi karangan pendek iaitu buat dalam satu perenggan sahaja, tak perlu tulis pendahuluan dan penutup, boleh tulis lebih daripada 80 patah perkataan tetapi jangan terlalu panjang dan calon mesti guna semula frasa yang diberi dan tidak perlu isi sendiri. Selain itu, Guru DiLea menunjukkan contoh jawapan bagi soalan Sambutan Bulan Bahasa. Akhir sekali, peserta membuat latihan bagi karangan pendek Bahagian A yang bertajuk Tips Lebih Fokus Belajar dan Pengalaman Merentas Desa dan Bahagian B yang bertajuk Menghadiri Majlis Konvokesyen Kakak.
Dengan adanya kelas seperti ini, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak DiLea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: